Tuesday, April 5, 2011

Perkongsian Pintar SAKTI dan SASER 2 April 2011

Pada 2 April 2011 iaitu hari Sabtu berlangsungnya program Perkongsian Pintar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER). Seramai 40 orang guru termasuk Tuan Haji Hassan Bin Topit, Pengetua Cemerlang kami bersama-sama mendengar taklimat ringkas mengenai kecemerlangan SASER.

Ketibaan guru-guru SAKTI jam 9.40 pagi


Taklimat dijalankan di bilik mesyuarat SASER

Setinggi-tinggi penghargaan dari SAKTI

Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat

Jamuan makan tengahari

Guru-guru SAKTI bergambar sebelum berangkat pulang ke SAKTI

Thursday, March 24, 2011

Jamuan Perpisahan Mantan Penolong Kanan Akademik 24 Mac 2011 di Pelangi Balau Resort

Pada 24 Mac 2011 4.30 petang berlangsungnya Jamuan Perpisahan Mantan Penolong Kanan Akademik, En.Ibrahim Omar. Jamuan ini merupakan anjuran KEBIRU bersama PESAKA(Persatuan Staf SAKTI) di Pelangi Balau Resort.











Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai SAKTI Antara Nampak
Esok Biar Rindu-rinduan.

-Che' Mon

Tuesday, March 15, 2011

Budimu Tuan Tetap Menjadi Permata KEBIRU Buat Selamanya

Tahniah atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pengetua SMK Kahang Timur, Kluang baru-baru ini. Seingat saya, beliau antara guru yang masih bertahan lama di SAKTI sejak saya mula-mula 'posting' April 2003. Beliau merupakan antara guru terbaik yang sentiasa tidak jemu mencurahkan ilmu Matematiknya walaupun setelah menjawat jawatan Penolong Kanan Akademik.

Mantan Penolong Kanan Akademik Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Semoga beliau gembira dengan sekolah baru dan menjadi Tuan Pengetua yang dikasihi dan cemerlang pada masa akan datang. Kami warga SAKTI sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau. Amin

Terima Kasih Selayang Pandang,
Ujar Hati Selebar Padi,
Andai Kasih Terpandang,
Ada Budi Berjumpa Lagi.

AKTIVITI PORT LUCK MENGERATKAN HUBUNGAN GURU-GURU

Wednesday, January 26, 2011

KURSUS GURU PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (22 Januari 2011)

Pada 22 Januari 2011, hari Sabtu yang telah lalu berlangsungnya program LDP kali pertama warga guru SAKTI. Kursus Guru Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini dijalankan di Kompleks Rakan Muda Renang dan Udara, Desaru. Kursus ini adalah anjuran Rakan Muda Negeri Johor dan Unit Kokurikulum SAKTI.

  • Konsep dan Falsafah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
  • Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
  • Pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
  • Perekodan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Ucapan Pembukaan oleh En.Abd.Aziz Husin selalu GPK Kokurikulum SAKTI

Peserta Kursus memberi tumpuan penuh

Barisan guru-guru yang berkaliber

Sesi Praktikal untuk Perekodan ARPRM

Kertas Ujian setiap peserta di hujung kursus.

Sedia membantu di mana jua berada.

Selamat Menjamu Selera

Penyampaian Sijil Penyertaan dan Sijil Pentauliahan Guru Pemimpin ARPRM

  © Persona Aiman The Professional Template by Persona Aiman dot ComOktober 2009

Back to TOP